Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Tahukah Anda Kenapa Penyu Menangis?


Penyu laut mempunyai kelenjar lakrima dengan pembukaan pada dasar mata. Kelenjar air mata (lakrima) berfungsi menghasilkan air mata untuk membasahi mata yang berguna menjaga kelembapan mata, membersihkan mata dari debu dan membunuh bibit penyakit yang masuk ke dalam mata.Bagi penyu pula kelenjar ini merembeskan lebihan garam daripada badan penyu melalui air mata. Cecair atau air mata yang keluar itu mengandungi garam yang terkumpul dalam badan penyu kerana penyu memakan rumpai laut dan juga meminum air laut.
Pengeluaran air mata ini membantu buah pinggang penyu berfungsi dengan baik. Air mata penyu ini kebiasaannya mengalir terus-menerus walaupun ketika berada di dalam air. Semasa di daratan, air mataini juga membantu penyu membersihkan mata daripada pasir.

Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts